Al-Irfan Travel & Tours

Tentang Kami

"Menjamin Kepuasan Sanubari"

Mengenai Al-Irfan Travel & Tours...

AL-IRFAN.co Travel & Tours Sdn. Bhd. (1033682-V) merupakan sebuah syarikat agensi pelancongan tempatan 100% bumiputera. Mula bertapak dalam industri pelancongan pada tahun 2011 secara rasminya. Kami menjadikan Sungai Petani sebagai pusat perniagaan agar dapat melebarkan jalur perniagaan kami di bahagian Utara Malaysia. Walaupun baru dalam industri ini, tetapi syarikat kami telah menjalinkan usahasama yang baik dengan beberapa buah syarikat pelancongan tempatan serta dari luar negara. Jalinan perniagaan ini telah memberikan kami kekuatan dalam menjaga kualiti perkhidmatan serta pengurusan agar para pelanggan dapat mencapai kepuasan sepanjang menggunakan khidmat kami.
AL-IRFAN.co Travel & Tours Sdn. Bhd. telah diasaskan oleh Hj. Mat Zuki Bin Ahmad yang telah mempunyai pengalaman menguruskan perkhidmatan Haji dan Umrah serta Tiket Penerbangan selama lebih 15 tahun. Hj. Mat Zuki Bin Ahmad, graduan lepasan Ijazah Syariah Pengajian Islam Jordan kini memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan dan juga merupakan pemegang saham terbesar syarikat. Sebagai seorang ahli perniagaan yang berpengalaman, beliau amat menitik beratkan kualiti dalam menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan kerana kualiti umpama nyawa kepada sesebuah syarikat dan akan menentukan jangka hayat syarikat itu.
Tahun Pengalaman
0
Kakitangan Berpengalaman
0 +
Jumlah Perlancongan
0 +
Jemaah Umrah
0 +

Objektif Syarikat

Syarikat AL-IRFAN.CO TRAVEL & TOURS SDN. BHD amat berharap agar segala cita-cita dan matlamat kami mendapat sokongan dan pengiktirafan daripada semua pihak agar sama-sama dapat mencapai keunggulan serta wawasan globalisasi yang diimpikan.
0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to Package
    Scroll to Top