Tentang Kami
"Menjamin Kepuasan Sanubari"
Mengenai Al-Irfan Travel & Tours...
AL-IRFAN.co Travel & Tours Sdn. Bhd. (1033682-V) merupakan sebuah syarikat agensi pelancongan tempatan 100% bumiputera. Mula bertapak dalam industri pelancongan pada tahun 2011 secara rasminya. Kami menjadikan Sungai Petani sebagai pusat perniagaan agar dapat melebarkan jalur perniagaan kami di bahagian Utara Malaysia. Walaupun baru dalam industri ini, tetapi syarikat kami telah menjalinkan usahasama yang baik dengan beberapa buah syarikat pelancongan tempatan serta dari luar negara. Jalinan perniagaan ini telah memberikan kami kekuatan dalam menjaga kualiti perkhidmatan serta pengurusan agar para pelanggan dapat mencapai kepuasan sepanjang menggunakan khidmat kami.
AL-IRFAN.co Travel & Tours Sdn. Bhd. telah diasaskan oleh Hj. Mat Zuki Bin Ahmad yang telah mempunyai pengalaman menguruskan perkhidmatan Haji dan Umrah serta Tiket Penerbangan selama lebih 15 tahun. Hj. Mat Zuki Bin Ahmad, graduan lepasan Ijazah Syariah Pengajian Islam Jordan kini memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan dan juga merupakan pemegang saham terbesar syarikat. Sebagai seorang ahli perniagaan yang berpengalaman, beliau amat menitik beratkan kualiti dalam menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan kerana kualiti umpama nyawa kepada sesebuah syarikat dan akan menentukan jangka hayat syarikat itu.



Tahun Pengalaman
0
Kakitangan Berpengalaman
0
+
Jumlah Perlancongan
0
+
Jemaah Umrah
0
+
Objektif Syarikat
- Mengatur dan menguruskan segala perkhidmatan dari segi perjalanan peribadi dan berkumpulan.
- Memastikan pakej-pakej yang ditawarkan adalah berpatutan dan menarik minat ramai orang dalam dan luar negara.
- Menyediakan perkhidmatan “Mampu milik” kepada semua golongan masyarakat.
- Sektor perkhidmatan yang dimaksudkan ialah dari segi Penempahan dan Penghantaran Tiket, Penempahan Hotel, Umrah dan Ziarah, Penyewaan Kenderaan, Pakej-pakej Domestik dan Antarabangsa.
- Mengamalkan sikap professional dalam pengurusan dan perkhidmatan.
- Memberi keutamaan dan fokus sepenuhnya kepada keselesaan pelanggan.
- Syarikat Pelancongan Al-Irfan.co Travel & Tours Sdn. Bhd juga menyediakan Pelancongan dan Pengembaraan di Luar Negara, oleh yang demikian, kami juga telah menjalinkan perhubungan kami dengan syarikat-syarikat pelancongan di luar negara bagi mencapai matlamat ini.
- Menyumbang semula kepada pembangunan masyarakat dari segi peluang pekerjaan dan pengalaman.
Syarikat AL-IRFAN.CO TRAVEL & TOURS SDN. BHD amat berharap agar segala cita-cita dan matlamat kami mendapat sokongan dan pengiktirafan daripada semua pihak agar sama-sama dapat mencapai keunggulan serta wawasan globalisasi yang diimpikan.